
SJK (T) Ladang Bekoh
பெக்கோ தோட்டத் தேசிய வகைத் தமிழ்ப்பள்ளி

SEJARAH SEKOLAH
-
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Bekoh terletak di Kampung Bekoh, Tangkak.
-
Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1941. Sekolah ini pada asalnya dinamakan Sekolah Tamil dan terletak di sebuah bangunan lama di Ladang Bekoh.
-
Pada tahun 1945, sebuah bangunan hospital lama telah diubahsuai untuk dijadikan bangunan sekolah. Bangunan tersebut telah dibahagikan kepada empat buah bilik darjah dan sebuah pejabat. Tidak lama kemudian, sebuah rumah yang terletak di kawasan sekolah telah diubahsuai menjadi pejabat, perpustakaan dan bilik darjah.
-
Pada tahun 1957, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Bekoh.
-
Pada tahun 1986, sebuah bangunan telah dibina dan dijadikan dua buah bilik darjah.
-
Pada tahun 1989, sebuah gelanggang badminton telah dibina.
-
Pada tahun 1995, sebuah bilik darjah telah dibina.
-
Pada tahun 1997, sebuah bilik pusat sumber telah dibina.
-
Pada Tahun 2001, kantin sekolah telah diubahsuai.
-
Pada tahun 2007, 5 buah tandas telah dibina untuk kegunaan guru dan murid.
-
Pada tahun 2009, sekolah telah mendapat bantuan modal dari KPM untuk menaiktaraf bangunan sekolah. Sebuah bangunan baru telah dibina yang meliputi sebuah pejabat, bilik guru dan 3 buah kelas.
-
Susur gajah juga telah dibina pada bulan Jun 2014.
-
Pada tahun 2012, sekolah telah menerima sumbangan sebanyak RM30 000 daripada YAB Datuk Dr. S.Subramanian Menteri Sumber Manusia bagi membina sebuah makmal komputer yang lengkap. Tambahan sebanyak RM15,000 telah diterima pada 2013 daripada YAB Datuk Dr.S.Subramanian Menteri Kesihatan.
-
Operasi pembinaan makmal komputer telah dimulakan pada pertengahan Ogos 2014 dan dijangka beroperasi sepenuh pada bulan Mac, 2015.
